Friday 15 June 2012

Artis Masuk PAS, Terus Dapat Jadi Penceramah! Cari Publisitikah?


Semacam dah menjadi satu trend pula sejak kebelakangan ini apabila ramai para artis yang menyertai parti politik. 

Dan apabila sudah sah menjadi ahli, mereka ini diangkat menjadi penceramah. Malahan lebih teruk apabila mereka memburukkan parti lawan. Ada juga yang memberikan ceramah berunsur agama sedangkan mereka tidak mempunyai tauliah untuk berbuat begitu.

Apakah tujuan para artis ini menyertai parti politik kerana populariti mereka semakin merudum. Dan untuk menaikkan semula nama mereka, jalan mudah seperti ini diambil terutamanya dengan menyertai parti PAS yang memang kini kelihatan sangat dahagakan publisiti walaupun secara murahan.

Jika diperhatikan dan dibuat sedikit kajian, para artis yang menyertai parti ini kebanyakannya mereka yang sudah tidak begitu mendapat perhatian peminat. Bak kata orang, artis yang sudah suam-suam kuku dan ada juga yang seperti sudah kecewa dengan kehidupan bergelumang seni.

Adakah mereka ini mahu menaikkan semula nama mereka dengan mencari publisiti murahan apabila berceramah di pentas parti politik yang disertai? Atau adakah parti politik itu sendiri cuba mendapatkan publisiti melalui artis tersebut? Atau mungkin juga mereka ini 'give and take', sama-sama mengambil peluang dan kesempatan di atas satu sama lain?

Baru-baru ini ada pula pelawak dari program Raja Lawak yang menyertai sebuah parti politik yang kononnya lebih Islam daripada parti lain. Adakah beliau juga mencari publisiti murahan? Hanya Allah sahaja yang tahu.


No comments:

Post a Comment