Wednesday, 3 April 2013

Mengejek Calon Pilihan Anwar: Bukti Penyokong PKR Tidak Hormat Anwar Lagi

Ramai yang terkejut apabila calon pilihan Anwar untuk kerusi Parlimen Indera Mahkota telah diboo oleh penyokong PKR sendiri. Calon tersebut ialah Dato’ Fauzi Abd. Rahman yang juga Pengerusi PKR Pahang. Penyandang kerusi tersebut ialah Azan Ismail tetapi telah ditukarkan ke Terengganu, iaitu keputusan yang jelas tidak dipersetujui oleh akar umbi PKR.

Akar umbi tidak bersetuju dengan calon pilihan pemimpin tertinggi sebenarnya bukanlah pelik, malah ia hampir tidak boleh dielakkan dari berlaku di sesetengah kawasan bagi semua parti setiap kali pilihanraya.

Namun, yang menjadikannya satu isu besar ialah tindakan penyokong PKR yang langsung tidak menghormati ‘pemimpin Anugerah Tuhan’ iaitu, Anwar Ibrahim.

Penyokong PKR telah bertindak mengejek Dato’ Fauzi sehingga memaksa pengumuman diulang tiga kali oleh Anwar. Khabarnya, ada juga yang bertindak meninggalkan majlis.

Kita masih boleh memahami jika mereka mengambil sikap memusuhi Dato’ Fauzi, tetapi kita hairan ke manakah hilangnya rasa hormat penyokong PKR terhadap bakal Perdana Menteri mereka ini? Kita juga difahamkan bahawa akar umbi kawasan tersebut lebih menyukai penyandang, iaitu Azan Ismail tetapi takkan ‘menyayangi Azan sehingga sanggup memalukan Anwar’?

Hilangnya perasaan hormat terhadap Anwar kemungkinan besar berpunca dari sikap kukubesi beliau yang ditunjukkan setiap kali pemilihan parti iaitu, enggan mendengar suara akar umbi dan membuat keputusan mengikut ‘nafsu’ sendiri.

Jika Anwar tidak menghormati akar umbi, bagaimana akar umbi boleh menghormati Anwar?

Dari satu sudut pula, kita tidak hairan jika Anwar tidak menghormati akar umbi kerana akar umbi PKR telah terbukti sebagai mempunyai sikap buta tuli iaitu, menyokong Anwar tanpa mengira apa pun salahlakunya yang telah terdedah dan terbukti. Bagi Anwar, suara orang yang akan menyokongnya walau apapun yang berlaku atau dilakukannya, tidak perlu diberi perhatian.

Malah, Anwar bukan sahaja tidak menghormati mereka, tetapi langsung tidak prihatin pun mengenai nasib mereka. Anwar tidak kisah memperjudikan masa depan, malah nyawa penyokong-penyokongnya dengan sering menyeru mereka agar melakukan rusuhan.

Sejak 1998 lagi, Anwar tidak kisah membahayakan penyokong-penyokongnya. Malah, Anwar secara terang-terangan mengimpikan ‘Arab Spring’ yang mana menyaksikan pertumpahan darah apabila penentang kerajaan memberontak dan menggulingkan kerajaan sedia ada.

Apapun, kejadian di Kuantan ini memperlihatkan bagaimana Anwar sudah hilang ‘auranya’. Anwar kini sudah menjadi ‘manusia biasa’ dan bukan lagi ‘pemimpin hebat’ di mata penyokong-penyokongnya. Tidak mustahil, kebanyakan penyokongnya hanya menyokong PKR kerana telah jauh terhasut agar membenci Barisan Nasional dan bukan lagi kerana menyanjungi atau mempercayai Anwar Ibrahim.

Sekiranya ketandusan isu, Anwar mungkin boleh mencipta isu. Tetapi jika kehilangan ‘aura’, di manakah Anwar boleh mencarinya?

Justeru, kalaupun Anwar menang dalam PRU kali ini, percayalah beliau akan menjadi Perdana Menteri paling hina dan paling tidak dihormati dalam sejarah politik dunia kerana rakyat, termasuk penyokong sendiri sudah terlalu amat maklum siapakah dirinya yang sebenar di sebalik watak-watak yang dipertontonkan kepada dunia! - BeruangBiru

Tun M Gesa Rakyat Johor Kuburkan Politik Kit Siang Di Gelang Patah

Kehadiran Tun Mahathir ke Johor baru-baru ini dilihat berjaya menyuntik semangat baru khususnya kepada jentera Barisan Nasional dan UMNO bagi memastikan kubu kuat UMNO itu terus kekal untuk dipertahankan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dengan kehadiran yang mencecah 20,000 ribu orang, pakatan pembangkang dilihat akan berdepan dengan laluan yang sengit dan sukar.

Malah di dalam ceramahnya di Pulai Johor itu, Tun Mahathir telah menggesa agar rakyat Johor menolak pakatan pembangkang sekaligus menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang yang telah mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Gelang Patah.

“Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepadanya. Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya pada majlis Bicara Minda baru-baru ini.

Menurut Tun Mahathir lagi, Kit Siang telah berada terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair yang juga bekas presiden Singapura.

“Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia,” katanya.

Kenyataan Tun Mahathir itu telah menyebabkan Kit Siang tidak senang duduk dan panas punggung sehingga menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan kenyataan mencabar Tun bertanding semula sebagai reaksi terhadap ucapan tersebut.

“Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau. Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India,” katanya.

Menurut sumber, keputusan Kit Siang untuk berpindah ke kerusi Parlimen Gelang Patah telah menimbulkan lagi beberapa perpecahan di kalangan pimpinan pakatan di Johor. Ini kerana umum mengetahui kerusi tersebut menjadi rebutan di antara DAP dan PKR. Malah Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sebelum ini dilihat berkeras mahu agar kerusi itu diberikan kepadanya dalam PRU13 kelak.

Malah kegagalan PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim selaku pimpinan ‘Anugerah Tuhan’ menyokong permintaan Jui Meng itu, telah menyebabkan bekas naib presiden MCA itu merajuk dan menghilang diri sebagai tanda protes.

Selain Jui Meng, Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut dikatakan tidak senang dengan keputusan Kit Siang untuk bertanding di Johor. Ini kerana selain Kit Siang, Penasihat DAP itu turut membawa masuk beberapa pimpinan lain untuk turut sama bertanding di Johor.

Ia sekaligus menyebabkan beberapa pimpinan DAP negeri yang selama ini berhempas pulas terpaksa diketepikan bagi memberi laluan kepada ‘pakej’ Kit Siang dalam misinya untuk menawan Johor. Walaupun dari satu segi mereka melihat kehadiran Kit Siang ke Johor mampu memberi momentum baru terhadap gerakan pembangkang, namun dari satu segi lain telah menyebabkan pimpinan Dr Boo diketepikan.

Sekiranya sebelum ini, perpecahan hanya berlaku antara Cheng Hau dan Jui Meng, namun kehadiran Kit Siang yang pada mulanya untuk menjadi orang tengah, semakin memburukkan keadaan. Kini telah wujud satu lagi kumpulan yang hanya menyokong Kit Siang dan menolak peranan yang dimainkan oleh Cheng Hau dan Jui Meng.

Dan seperti biasa, kelompok PAS hanya mampu berperanan sebagai pemerhati dari jauh tanpa menyatakan pendirian memihak kepada mana-mana kumpulan. Ini kerana sebagai parti pembangkang yang mempunyai jentera paling kuat, sokongan PAS secara dilihat akan memberi kelebihan kepada kumpulan ‘ultra kiasu’ tersebut.

Kesimpulannya keputusan Kit Siang melompat dari satu parlimen ke parlimen yang lain boleh diibarat sebagai percubaan berani mati. Oleh yang demikian eloklah pengundi Johor khususnya di Gelang Patah tamatkan saja karier politiknya itu. - BeruangBiru

Anwar Tiada Kuasa Tentukan Calon Kedah

Baru sahaja kita menyaksikan bagaimana Anwar telah tidak dihormati di Kuantan di mana calon pilihannya yang diumumkannya sendiri telah diejek ahli PKR, kini kita melihat pula bagaimana Anwar hilang kawalan dan tidak mampu membuat keputusan yang mampu memuaskan hati semua pihak di dalam Pakatan Rakyat.

Ini dapat disaksikan dari perbalahan yang berlaku di beberapa tempat berkenaan kerusi pilihanraya. Antara insiden terbaru ialah di Kedah apabila DAP mengugut untuk bertanding secara ‘solo’ yang mungkin membawa kepada pertandingan tiga penjuru akibat kepimpinan negeri telah membelakangkan terus parti itu.

Lebih menyakitkan hati DAP Kedah ialah apabila Anwar sendiri, tanpa berunding dengan sesiapa telah dengan tidak semena-mena mengumumkan dalam satu ceramah di Kedah bahawa calon dari PKR, iaitu Gooi Hsiao Leung untuk bertanding di kerusi parlimen Alor Setar. PKR juga telah menamakan N.Surendran untuk bertanding di Padang Serai.

Ketidakpuasan hati DAP Kedah disuarakan oleh Ketuanya, Lee Guan Aik yang turut menegaskan yang beliau akan mempertahankan kerusi Kota Darulaman. Lee nyata kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan tertinggi parti.

Tindakan kepimpinan PR yang membelakangkan DAP dan mengambil keputusan tanpa berbincang, menyerlahkan sikap Anwar yang kuku besi serta tidak berkeupayaan mengurus atau mentadbir parti. Malah, Anwar juga angkuh kerana enggan memberi sebarang komen mengenai isu ini tetapi hanya membuat muka selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Anwar, sepatutnya menjadi tonggak perpaduan kepada PR. Perlantikan beliau sebagai Ketua dan bakal Perdana Menteri kononnya adalah kerana hanya beliau yang mampu menyatupadukan PAS dengan DAP. Namun, sebagai Ketua, Pemimpin Tertinggi dan bakal PM, pelik sekali apabila beliau tiada hak untuk memberi kata putus kepada PAS, DAP mahupun PR secara keseluruhan.

Kita lihat bagaimana Anwar langsung tidak mengambil peduli akan perbalahan dalam DAP sebelum ini, termasuk isu pemilihan CEC yang nyata menimbulkan kontroversi. Begitu juga dengan isu-isu yang melibatkan ekonomi negeri seperti pembalakan tidak terkawal di Kedah, terowong mega di Pulau Pinang dan berbagai-bagai lagi.

Anwar juga tidak berupaya untuk menyelesaikan perbalahan antara Kedah dan Pulau Pinang berkenaan isu jual beli bekalan air mentah. Malah, tidak mampu memberi sebaran komen pun walaupun isu tersebut berlarutan tanpa kata putus.

Apa yang jelas, daripada sebesar-besar isu yang melibatkan ekonomi negeri-negeri jajahan PR, kepada isu-isu yang melibatkan imej dan integriti parti mahupun isu kerusi dalam pilihanraya, sehinggalah sekecil-kecil isu seperti isu setempat dan skandal dalaman yang melanda parti, semuanya bagai berada di luar kuasa Anwar Ibrahim.

Oleh kerana pilihanraya akan berlangsung beberapa hari sahaja dari sekarang, kedudukan Anwar yang tampak lemah dan kabur ini membuatkan rakyat semakin cuak untuk memberi mandat kepada PR. Sekali gus bayang-bayang bakal Perdana Menteri PR yang sedia kabur bagaikan terpadam terus.

Ketiga-tiga parti di dalam PR nampaknya berjuang secara syok sendiri dan Anwar juga menjadi bakal PM yang syok sendiri. Masing-masing dibuai angan-angan berasingan serta berada di dalam dunia mereka sendiri tanpa berpijak di bumi nyata.

Hari ini, DAP Kedah telah benar-benar tersinggung dan jika benar parti itu bertanding secara solo, maka tidak mustahil langkah tersebut akan menjadi trend bagi negeri-negeri lain yang turut memperlihatkan bagaimana ada saja perbalahan dan ketidakpuasan hati antara PAS, DAP dan PKR.

Hakikatnya, masalah ini berlaku kerana PR tidak mempunyai pemimpin tertinggi yang benar-benar berkuasa memberi kata putus dan kata putusnya dihormati.

Bayangkan, bagaimana kita mengharapkan parti ini memerintah negara tanpa pemimpin yang pasti? - BeruangBiru

Kenapa UEC Sukar Untuk diIktiraf?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib dilaporkan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyelesaikan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dituntut oleh NGO Ekstremis Cina, Dong Zong.

Dong Zong dianggap sebagai puak ektremis kerana sehingga kini terus berkeras untuk menolak segala usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia atau ‘MeMalaysiakan’ rakyat melalui sistem persekolahan yang sama serta melalui satu bahasa. Ini kerana apa yang dituntut oleh Dong Zong semuanya berkisar pengasingan antara kaum di sekolah serta memperkasakan bahasa ibunda kaum Cina sementara di masa yang sama, semakin mengabaikan Bahasa Kebangsaan.

Justeru, kesudian Perdana Menteri meluangkan masa melayan pihak ektremis yang perjuangannya amat bertentangan dengan konsep 1Malaysia itu, wajar dihargai oleh pihak Dong Zong. Kita harap tindakan Perdana Menteri yang ikhlas ingin menyelesaikan masalah ini tidak dipandang sebagai bukti kelemahan kerajaan dalam berhadapan dengan golongan rasis, kiasu dan angkuh ini.

Isu UEC merupakan isu yang jauh melangkaui soal pendidikan dan pelajaran. Ia merupakan isu jati diri, perpaduan, dan nasionalisme sebagai rakyat Malaysia.

Apa yang kita lihat, sehingga kini, masih tiada satu pun bukti bahawa kewujudan Sekolah Vernakular mahupun tunturan pengiktirafan UEC mampu membawa kebaikan untuk rakyat dan negara dari apa segi jua melainkan keburukan semata-mata iaitu melebarkan jurang pemisahan antara kaum, sekali gus membuka ruang kepada sikap prejudis dan rasis antara satu sama lain.

Ia juga bakal menyumbang kepada masalah pekerjaan bagi kaum bumiputera apabila kebanyakan peluang pekerjaan yang ada menitikberatkan Bahasa Mandarin, tanpa mengambil kira kelayakan yang utama.

Adalah mustahil untuk menyelesaikan perkara ini tanpa mengenepikan sikap perkauman yang menebal. Oleh itu, untuk berlaku adil, isu ini wajar dikaji dari sudut sejarahnya.

Sekolah Vernakular pada mulanya dibenarkan sebagai tolak ansur agar kaum Cina menyokong usaha kemerdekaan dan diberikan kerakyatan. Kaum Cina pada ketika itu majoritinya masih setia pada tanahair mereka dan menyimpan niat untuk kembali ke sana setelah cukup mengumpul wang dan harta. Oleh itu, mereka amat bimbang ciri-ciri keCinaan mereka hilang sekiranya anak-anak mereka bersekolah bersama dengan anak-anak kaum bumiputera yang mana pasti menimbulkan masalah bila mereka kembali ke negara asal kelak.

Atas kepercayaan bahawa mereka hanya akan berada sementara di Malaysia, maka kerajaan membenarkan sekolah vernakular diteruskan.

Namun, kaum Cina mendapati Malaysia terlalu ‘indah’ untuk ditinggalkan tetapi di masa yang sama enggan ‘memutuskan’ kesetiaan kepada negara asal. Maka, mereka terus memperjuangkan sekolah vernakular tanpa mengambilkira semangat tolak ansur, realiti mahupun rasionaliti sebagai warga negara ini.

Perjuangan mereka ini adalah berasaskan semangat kiasu dan rasis semata-mata.

Tidak cukup ‘peha’, mereka meminta betis pula. Sudahlah ingin bersekolah berasingan dari bangsa lain dan menggunakan bahasa ibunda negara asal, diberi pula kelonggaran dan keistimewaan di mana matapelajaran Bahasa Kebangsaan (Melayu) direndahkan tarafnya bagi membolehkan anak-anak mereka mudah mendapat keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran ini, mereka meminta pula agar kerajaan mengiktiraf UEC bagi kemasukan ke IPTA.

UEC dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah atau Junior Middle (UEC-JML), Vokational (UEC-V), Menengah Tinggi atau Senior Middle (UEC-SML) di mana kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin. UEC-SML mengandungi subjek Matematik, semua subjek sains dan semua subjek aliran perdagangan.

Hujah Dong Zong ialah UEC diiktiraf oleh Pusat Pengajian Tinggi luar negara seperti United Kingdom, United States, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia dan Kanada maka kerajaan Malaysia wajar mengiktirafnya juga.

Jelas, Dong Zong berhujah seperti seorang pendatang.

Kebanyakan universiti di mana-mana sahaja sememangnya membuka peluang kepada pelajar asing dan menerima kelulusan pelajar-pelajar tersebut berdasarkan kualiti tanpa mengambil-kira sistem pembelajaran negara mereka. Mana mungkin sesebuah universiti menetapkan sistem pembelajaran bagi warga luar negara.

Tetapi, masalah di sini ialah UEC melibatkan warga Malaysia yang ingin ke universiti awam di Malaysia, bukan ke luar negara.

Maka, salahkah kerajaan menetapkan syarat agar warga Malaysia yang layak ke Universiti awam wajib menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik? Tinggi sangatkah permintaan sedemikian? Apakah kaum Cina begitu bodoh sehingga sukar sekali untuk menguasai bahasa kebangsaan walaupun telah menjangkau generasi ke empat?

Mana mungkin Dong Zong mengharapkan kemudahaan pembelajaran di universiti awam seperti warga Malaysia yang lain jika Bahasa Kebangsaan sendiri lintang-pukang?

Apakah hanya Dong Zong yang boleh memberi syarat dan menuntut itu dan ini dari kerajaan tetapi enggan berundur walau setapak bagi memberi ruang kepada praktikaliti, realiti dan rasionaliti dalam bertindak?

Tidak cukup dengan itu, Dong Zong mengambil sikap seolah-olah sesiapa sahaja yang menolak tuntutan mereka sebagai rasis pula.

Nampaknya, sudah sampai masanya Dong Zong melihat ke dalam diri sendiri dan berfikir dalam-dalam serta mengakui kebenaran tentang ‘siapa yang rasis sebenarnya’? Pihak yang menuntut perpaduan, jati diri dan nasionalisme, atau pihak yang menentangnya? - BeruangBiru

#Ops Daulat: Teresa Kok kata pasukan keselamatan negara dimangsakan

Selepas giliran Tian Chua dan Nurul Izzah menghina pasukan keselamatan, seperti polis dan tentera, kini tiba pula giliran Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh menghina pasukan keselamatan yang bermati-matian mempertahankan bumi Malaysia ini daripada diceroboh orang asing.

Kalau sebelum ini Tian Chua pernah berkata insiden di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO walaupun kejadian pencerobohan itu telah mengorbankan 10 perajurit tanah air, Nurul Izzah pula menyalahkan UMNO atas insiden pencerobohan lanun Sulu di Sabah, polis tidak berfungsi, UMNO gagal mentadbir negara dan salahguna kuasa.

Giliran Teresa Kok pula berkata perajurit dan anggota keselamatan kita yang berjuang dan terkorban dalam pertempuran dengan militan Sulu di Lahad Datu telah "dimangsakan."

Apa maksud Teresa Kok mereka dimangsakan?

Jelas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini berfikiran cetek dan sempit apabila semua perkara yang berlaku, waima insiden yang serius seperti di Lahad Datu itu pun ingin dipolitikkan dan menjadi salah UMNO.

Menuduh UMNO bertanggungjawab dalam perkara itu jelas tidak masuk akal kerana UMNO lah pihak yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

Ada pemimpin PR yang melawat lokasi ground zero?

Mereka lebih kerap mengeluarkan kenyataan yang menghina pasukan keselamatan tanpa memikirkan perasaan anggota keluarga mereka yang anak, suami, isteri pergi berjuang di Lahad Datu.

Apa yang mereka tahu, menuduh insiden itu konspirasi UMNO, pasukan keselamatan itu menjadi mangsa dengan sandiwara UMNO.

Adakah Teresa Kok mengatakan anggota pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu itu pergi dengan sia-sia dan menjadi mangsa?

Apa yang dimaksudkan oleh Teresa tentang mangsa atau dimangsakan? Adakah Teresa melihat insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara UMNO dan menjadikan perajurit negara sebagai mangsa konspirasi?

Jika itulah tuduhan Teresa dan pemimpin-pemimpin pembangkang, jelas mereka sengaja mahu mempolitikan insiden Lahad Datu.

Ketika negara sedang berjuang untuk memastikan kedaulatan negaranya tidak dicabar, pembangkang masih lagi sibuk memainkan sentimen politik yang sempit.

Pembangkang sibuk menuduh insiden Lahad Datu konspirasi UMNO, tapi mereka terlupa Reuters melaporkan pembangkang menjadi dalang pencerobohan Sabah menerusi pertemuan Anwar dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III. - BeruangBiru

Monday, 1 April 2013

23 Tahun Di Tadbir Pas, Kelantan Terjerumus Ke Lembah Maksiat #Bo La Weiiii

Setelah hampir 23 tahun mentadbir kerajaan negeri Kelantan, pimpinan Pas masih lagi dilihat mengunakan Islam sebagai modal untuk menagih simpati yang dijadikan sebagai umpan untuk terus menipu rakyat. Malah Mursyidul Am, Nik Aziz selaku menteri besar sering mengunakan alasan memartabatkan Islam bagi memastikan dirinya terus kekal di tampuk kuasa. 

Malah slogan Kelantan merupakan “Serambi Mekah” kerana ditadbir oleh Pas, sebenarnya adalah satu pembohongan. Sedangkan pada hakikatnya, semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin Pas ini. 

Sebagai contoh awal tahun lalu, masyarakat didedahkan dengan laporan mengenai kewujudan sebuah kedai makan yang dijadikan sebagai pusat karaoke berhampiran rumah Menteri Besar itu. Dengan jarak hanya 600 meter, pusat karaoke itu turut menampilkan wanita dengan tarian 'goyang kucing garong' atau 'tarian punggung'. 

Seterusnya Majlis Perbandaran Kota Bharu yang diberi status Bandar Raya Islam terpaksa berdepan denga kerancakan maksiat yang tumbuh bagaikan cedawan di sekitar Kota Bahru terutama di sekitar jalan Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis. 

Tidak cukup dengan itu negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga pernah mencatatkan peningkatan yang mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu. Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir. 

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Polis Negeri Kelantan kes penyalahaan dadah turut menunjukkan peningkatan pada tahun lalu dan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes jenayah. Untuk tempoh Januari hingga Ogos 2012, jumlah tangkapan dadah keseluruhan ialah 9,881 orang berbanding tempoh sama pada tahun 2011 iaitu 7,908 orang, menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus 

Bagi kes melibatkan pengedar, sebanyak 417 orang ditahan berbanding 313 orang pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 33 peratus. Manakala dadah paling tersohor di Kelantan ialah dari jenis pil kuda nama saintifiknya Methamphetamine (dadah sintetik – campuran bahan kimia). 

Maka tidak hairanlah statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada 2011, mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit HIV dan AIDS. Malah negeri yang dipimpin oleh mereka yang dikatakan ulama itu turut menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009. 

Oleh yang demikian, rasionalnya Pas Kelantan dilihat GAGAL untuk membendung kegiatan tidak bermoral ini. Ia berpunca dari sikap angkuh pimpinan PAS Kelantan sehingga menyebabkan gelaja tidak bermoral itu semakin merosakkan rakyat. 

Inilah yang dinamakan, "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak". Mereka yang selama ini melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan BN/Umno kononnya tidak Islamik dan sebagai, terpaksa berdepan dengan musibah Allah SWT kerana sifat riak dan punca perpecahan. 

Maka sudah tiba masanya untuk BN/Umno mengambil alih tampuk pemerintahan negeri bagi membetulkan keadaan serta membawa kemajuan sosioekonomi khusus untuk rakyat Kelantan yang terlalu jauh ketinggalan di belakang. 

Kesimpulannya, kerajaan Pas Kelantan langsung tidak memperdulikan rakyatnya walaupun parti itu telah menukarkan slogan mereka kepada ‘Negara Berkebajikan’. Kalau stadium yang dijanjikan 17 TAHUN yang lalu baru hendak dibina, bagaimanakah nasibnya dengan janji-janji yang pernah ditaburkan? Jawapannya ‘Manifesto Bukan Janji’ 

Sekadar ingin bertanya, apakah jasa Pas untuk rakyat Kelantan? - BeruangBiru

Fitnah Pakatan Pembangkang Tidak Lemahkan Semangat Perdana Menteri Majukan Negara!


Saban hari kita dihidangkan cerita fitnah tentang korupsi yang berlaku dalam kerajaan terutamanya tentang pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia daripada negara Perancis. Begitu juga cerita kononnya akibat cemburu isteri Perdana Menteri terhadap Altantuya yang membantu dalam usaha pembelian tersebut menyebabkan wanita Mongolia itu dibunuh dan mayatnya telah diletupkan.

Fitnah tentang kerajaan Barisan Nasional mengamalkan kronisme dalam pemberian tender yang mengembungkan poket kaum keluarga sendiri turut dijaja seolah-olah mereka yang bernaung di bawah jenama Pakatan Pembangkang suci murni dan tidak sesekali berbuat perkara yang sama. Namun, bangkai gajah tidak akan boleh ditutup dengan nyiru. Penyelewengan Pakatan Pembangkang tidak selamanya dapat disembunyikan. Ianya sedikit demi sedikit terbongkar walaupun fitnah terhadap kerajaan digembar-gemburkan dan diperbesarkan untuk menutup kecurangan mereka.

Perdana Menteri terutamanya dijadikan mangsa fitnah oleh pecacai Pakatan Pembangkang yang begitu kemaruk hendakkan pemimpin liwat kesayangan mereka menjadi Perdana Menteri. Perkara yang tiada, direka dan disensasikan oleh mereka ini dengan tujuan agar reputasi Datuk Seri Mohd Najib terjejas dan rakyat menolak beliau serta Barisan Nasional pada PRU13 nanti.

Namun, dalam tidak sedar, semakin hari semakin populariti Datuk Seri Mohd Najib melonjak naik. Usaha memajukan negara tidak sesekali beliau pinggirkan walaupun nama beliau cuba dibusukkan oleh segelintir manusia yang tidak tahu bersyukur yang menabur fitnah kononnya beliau sengaja melewatkan pembubaran Parlimen kerana takut kalah kepada Pakatan Rakyat.

Bahkan, tanpa mengenal erti penat beliau turun padang bertemu rakyat di seluruh negara. Usaha berterusan Perdana Menteri dan kerajaan dalam memastikan transformasi yang telah dicanangkan turut membuahkan hasil.
Rakyat ternyata gembira dengan segala pemberian oleh kerajaan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Ini menjadikan rakyat terus menerus menyokong kerajaan Barisan Nasional untuk terus memerintah negara supaya segala kemudahan yang sedang dinikmati tidak terputus.

Bukan mudah menjadi Perdana Menteri. Ia bukan sekadar jawatan yang memerlukan seseorang itu pandai berjanji, tetapi ianya memerlukan seseorang yang tahu bekerja dengan jujur untuk memastikan rakyat terus mendapat manfaat dan negara terus membangun. Ia juga perlu memastikan pelaburan baru sentiasa masuk ke dalam negara untuk memastikan sumber pendapatan negara terus meningkat dan pembangunan dapat digandakan.

Seperti seorang ketua rumah yang perlu memastikan semua isi rumahnya mendapat makan pakai yang cukup, kesihatan yang baik, keselamatan terjamin dan kehidupan yang bahagia, begitulah juga dengan seorang Perdana Menteri. Beliau perlu memastikan seluruh rakyat mendapat segala kemudahan insfrastruktur, peluang pekerjaan yang mencukupi, keselamatan yang terjamin dan kehidupan yang aman di bawah pentadbirannya.

Datuk Seri Mohd Najib berjaya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya setelah mendapat mandat mentadbir negara. Golongan berpendapatan rendah adalah golongan yang paling banyak mendapat manfaat daripada kerajaan tadbiran beliau.

Rumah mampu milik banyak dibangunkan di seluruh negara untuk memberi peluang golongan berpendapatan rendah mempunyai rumah sendiri. Harga yang ditawarkan sememangnya mampu untuk dijelaskan oleh golongan sasaran ini. Bukan seperti rumah mampu milik berharga lebih RM400 ribu seperti yang dibangunkan di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran DAP.

Tidak cukup dengan itu, bantuan seperti BR1M diberitakan akan dijadikan pemberian tahunan kepada golongan berpendapatan rendah. Pelbagai lagi bantuan lain seperti BL1M dan sebagainya diberikan kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup mereka walaupun Pakatan Pembangkang sibuk mencanangkan ianya adalah rasuah kerajaan kepada rakyat.

Penulis tidak melihat segala pemberian daripada kerajaan ini sebagai rasuah kepada rakyat sepertimana dakwaan Pakatan Pembangkang. Sebaliknya penulis berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional yang berterusan berusaha mempertingkatkan taraf hidup rakyat dan membangunkan negara setaraf negara maju lain.

Sepertimana Perdana Menteri begitu yakin Barisan Nasional akan memperolehi 2/3 kerusi di Parlimen, penulis juga merasakan begitu. Dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat kepada semua program yang dilaksanakan kerajaan, penulis yakin, mandat untuk mentadbir negara akan diserahkan sekali lagi kepada Barisan Nasional.

Rakyat sudah tertipu sekali apabila janji-janji yang telah ditaburkan oleh Pakatan Pembangkang di beberapa buah negeri yang telah diberi mandat memerintah tidak ditunaikan. Tidak mungkin rakyat akan tertipu sekali lagi kali ini.

Rakyat tidak perlukan janji-janji manis, apa yang diperlukan adalah manfaat yang boleh diperolehi daripada kepercayaan yang telah diberikan kepada pemerintah. Dan penulis melihat itu hanya mampu diberikan oleh Barisan Nasional.

Justeru, sama-samalah kita menolak Pakatan Pembangkang yang hanya tahu berjanji dan berbohong tetapi tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan amanah. Jangan benarkan pemimpin liwat menerajui negara. Kekalkan Barisan Nasional sebagai pemegang mandat mentadbir negara untuk kemajuan dan keamanan yang berterusan.