Tuesday, 14 May 2013

Cina Mahu Kuasa Politik, PAS Mahu Apa?

Kaum Cina di Malaysia tentulah kaum yang paling ‘sensitif’ sekali. Kerana itu, apabila Utusan Malaysia hanya bertanya, ‘Apa lagi yang Cina mahu?’, maka dengan pantas akhbar tersebut dituduh rasis. Sama juga jika ada sesiapa yang mengingatkan mereka tentang tanah asal mereka, maka dengan pantas juga orang itu akan dicop rasis. 

Sudah menjadi tabiat kaum Cina negara ini untuk membuat bising, menjerit-jerit memberi tekanan kepada kerajaan, menghentam pihak yang terlibat sambil meroyan sekiranya ‘sensitiviti’ mereka disentuh. Jika seseorang itu tidak pernah datang ke Malaysia, mungkin mereka akan menggambarkan orang Melayu seperti ‘Aryan Brotherhood’ atau ‘Ku Klux Klan’ di Amerika yang berpegang kepada ketuanan kulit putih serta bertindak kejam ke atas kulit hitam, jika dilihat dari meroyan kaum Cina itu. 

Walhal, hakikatnya asal-usul dan sejarah Melayu tidak pernah menyaksikan kaum ini berlaku kejam melainkan ‘amok’ iaitu satu tindakan yang terasing oleh individu. 

Tetapi sejarah Cina itulah yang penuh dengan kekejaman, sejak dari pemerintahan DiRaja yang kejam dan kemudiannya komunis yang tidak berhati perut. Sikap yang telah berakar-umbi itu dibawa oleh kaum Cina di mana saja mereka pergi dan hari ini mereka menzahirkannya melalui aktiviti-aktiviti samseng dan kongsi gelap. 

Kaum Cina di Malaysia paling pantang jika kita mencuit sekolah-sekolah vernakular kerana kata mereka itu adalah hak mereka yang ditetapkan oleh perlembagaan. Tetapi di masa yang sama mereka begitu bebas dan biadap mempersoal hak Melayu, malah mempertikai azan dan juga huruf jawi di papantanda kerana berunsur Melayu-Islam. 

Tidak cukup dengan tiu, mereka turut mempertikai sejarah dan ingin menukarnya agar pengganas komunis dan dalang 13 Mei diangkat sebagai wira. 

Pendek kata, mereka mencemuh dan menafikan serta menolak segala-galanya yang menjadikan Malaysia ini, Malaysia. Pun begitu, tiada siapa boleh mempersoal kesetiaan mereka kepada negara walaupun pada dasarnya mereka tidak mencintai apa-apapun tentang negara ini. 

Dan hari ini, hanya kerana bertanya, ‘apa lagi yang kamu mahu’, mereka melenting menyalak-nyalak konon berlaku tidak adil kepada mereka. 

Hakikatnya, kaum Cina sedia maklum bahawa mereka sudah ada segala-galanya di Malaysia ini yang mana tidak mungkin dinikmati oleh minoriti di negara lain. Satu perkara lagi sahaja yang belum cukup bagi mereka iaitu ‘kuasa politik’. Kerana itulah mereka memberi undi kepada DAP, iaitu hanya setelah berjaya mengaut keuntungan dan kemewahan dari dasar dan kebijaksanaan Barisan Nasional memerintah selama ini. 

Dalam kata lain, hanya setelah mereka yakin bahawa mereka tidak lagi memerlukan BN, maka kaum Cina pun beralih kepada DAP untuk satu kuasa mutlak. Untuk itu, mereka sanggup turun ke jalanan untuk meruntuhkan kesemuanya yang telah dibangunkan serta mengambil risiko kejatuhan ekonomi kerana percaya, ada bantuan luar yang bakal membantu mereka mempercepatkan pemulihan. 

Yang menyedihkan kita ialah kaum Melayu dari PAS turut menyalak untuk meruntuhkan kerajaan walaupun tindakan itu hanya merugikan mereka. Mereka turut menyeringai terhadap Utusan Malaysia UMNO kerana ‘bersikap rasis’ melalui pertanyaan, “Apa lagi Cina mahu?” Melayu PAS ini benar-benar percaya bahawa Cina hanya mahukan ketelusan dan kecekapan kerajaan. 

Tak apa jika mereka ingin percaya begitu. Tetapi, kita ingin bertanya, apa yang PAS mahu? 

Ini kerana kita hairan, kenapakah salakan PAS tidak lagi berbunyi hudud dan Negara Islam? Apakah PAS sudah benar-benar tidak mahukan semua itu lagi? Kenapa secara tiba-tiba masalah utama PAS pun berubah, daripada ‘UMNO menolak Islam’ kepada ‘harga barang naik’? Tiba-tiba sahaja puak-puak PAS merasa tidak cukup makan dan sengsara sehingga tidak mampu mengisi minyak kereta sedangkan mereka juga yang ingin hidup sederhana. Islam bagi PAS sudah menjadi perkara kedua, tetapi ‘kesengsaraan’ adalah masalah utama pula. 

Untuk pengetahuan Pas, harga barang adalah sama sahaja iaitu tidak berubah dan tiada kenaikan apa-apapun selepas pilihanraya. Begitu juga dengan perjuangan DAP untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi, menggunakan Kalimah Allah di dalam Injil serta menghapuskan hak-hak Melayu tidak pernah berubah. Ia sama saja dari dahulu sehingga ke hari ini. 

Justeru, mungkin PAS perlu mengambil sedikit masa untuk berhenti menyalak dan bertenang sejenak. Tanyalah kepada diri sendiri, ‘apa yang aku mahu?’ atau ‘apa masalah aku sebenarnya?’ Melihat dari cara PAS menyalak, sekejap hudud, sekejap tak boleh pertahan Melayu, sekejap ingin membela Melayu, sekejap Islam kemudian memecat mereka yang mempertahankan Islam dari parti, lepas itu masalah harga barang, dan bermacam-macam lagi yang tidak konsisten malah bertentangan pula sesama sendiri, kita merasa kasihan pula. 

Tentu letih berpusing-pusing berbelit-belit ke sana ke mari sehinggakan Nik Aziz pun sudah tidak begitu mampu lagi untuk berdiri. 

Namun, dalam keuzuran beliau, beliau cukup pasti ‘apa yang beliau mahu’ iaitu perpecahan ummah yang berterusan… Mungkinkah ini juga yang semua orang-orang PAS mahu? - BeruangBiru

Thursday, 9 May 2013

Azmin Ali Merajuk Jika Tak Dapat Jadi MB

Krisis perlantikan Menteri Besar Selangor semakin hari dilihat semakin menarik. Kalau diikutkan sistem demokrasi, Pas adalah yang paling layak untuk menjadi MB. Ini kerana mereka memperolehi jumlah kerusi yang sama banyak dengan parti DAP iaitu 15 kerusi berbanding PKR yang hanya mampu memperolehi 14 kerusi. Namun, pakatan nampaknya lebih senang untuk melantik calon MB daripada kalangan PKR berbanding Pas.

Dan sudah semestinya Azmin Ali selaku Timbalan Presiden sudah megah diri dan mahukan jawatan tersebut bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang sudah memerintah Selangor sepenggal. Namun, apa yang menariknya Azmin Ali telah mengumumkan kepada para penyokong bahawa beliau akan meninggalkan PKR sekiranya tidak dipilih menjadi MB.

Krisis di Selangor kali ini kelihatan agak serius kerana DAP hanya mahukan PKR yang memenangi 14 kerusi untuk menjadi Menteri Besar berbanding Pas yang mempunyai 15 kerusi. DAP tidak mahu Azmin sebagai MB, manakala sumber Istana dikatakan lebih menyukai calon dari Pas.

Memang terang-teranganlah Istana sudah tidak mahu calon PKR jadi MB, masa Khalid jadi MB dulu sudah berapa kali Sultan Selangor murka dengan kerajaan Selangor. Mereka sesuka hati menggunakan nama Sultan dan tidak menghormati kedudukan Sultan sebagai pemerintah tertinggi di dalam negeri.

Berdasarkan krisis MB di Selangor ini, Anwar sehingga kini masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan. 

Anwar dilihat lebih sibuk untuk menanamkan benih-benih kebencian rakyat kepada BN dengan menuduh kerajaan sekarang dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Rakyat mana yang mudah tertipu hanya menjadi burung kakak tua, mengangguk diamkan diri untuk terus ditipu dan ditipu oleh Anwar Ibrahim.

Manakala krisis MB Selangor ini masih mengundang kemarahan Azmin, beliau dilihat semalam 'meroyan' dengan Anwar yang tidak sudah-sudah menyalahkan orang lain. Tindakan Azmin ini telah dijangka setelah dalam twitternya semalam menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bermuhasabah diri mengenai kekalahan dan jangan menyalahkan lain.

Nampaknya, satu persatu pemimpin terdekat Anwar sudah semakin muak dan bosan dengan permainan Anwar ini. Sudah tak larat nak bermain dengan percaturan yang tidak pernah menjadi. 

Sudahlah ditipu semua orang kata nak berhenti jika gagal dalam PRU13, tau-tau sambung buat perhimpunan pula. Masalah yang lebih besar tidak diselesaikan. MB perlu dilantik segera bagi dapat menjalankan urusan pentadbiran negeri secepatnya. 

Tak lama lagi nampaknya, Azmin akan naik darah berpencak silat dengan Anwar umpama Tuah dan Jebat. - BeruangBiru

Anwar Hilang Sokongan Melayu

Himpunan Bantah PRU-13 yang diadakan di Stadium Kelana Jaya semalam telah mengumpulkan seramai 40,000 penyokong PR. Selalunya, himpunan sebegini adalah ‘kerja’ orang-orang PAS sementara DAP duduk menontonnya di komputer riba masing-masing. Tetapi kali ini tidak nampak pula Unit Amal ataupun muslimah-muslimah dengan anak-anak kecil dan orang-orang tua turut ‘berjihad’ walaupun perhimpunan ini melibatkan PR secara keseluruhan bukan hanya PKR dan DAP. 

Yang hadir di perhimpunan anjuran PR kali ini adalah terdiri dari 80% kaum Cina. Hanya 10% sahaja Melayu manakala selebihnya adalah lain-lain bangsa. 

Dalam perhimpunan itu Anwar bercakap mengenai ‘penipuan dalam PRU-13’ dan undi popular yang kononnya memihak kepada PR. Sedangkan PRU di Malaysia adalah berdasarkan jumlah kerusi. Tetapi jika populariti yang diambil-kira pun, Anwar harus sedar bahawa beliau sudah tidak lagi popular walaupun di kawasan sendiri. Majoriti Anwar merosot hampir 4,000 undi walaupun bertanding dengan orang baru. 

Hakikatnya, orang Melayu sudah menolak Anwar. Buktinya, PAS juga tidak lagi mengerahkan balacinya untuk memeriahkan himpunan yang ditaja Anwar. Kali ini yang menyokong Anwar adalah minoriti kaum Cina. Dan perkataan ‘minoriti’ itu sendiri sudah seharusnya memberi makna yang jelas dalam konteks demokrasi yang dilaungkan oleh Anwar sendiri. 

Orang Melayu rata-ratanya sudah letih dengan Anwar. Biarpun masih ada yang enggan mempercayai segala skandal seksnya namun tiada siapa boleh menafi kekayaannya yang luar biasa. Biarpun masih ada Melayu yang membenci UMNO tetapi mereka juga sudah muak dengan politiking yang keterlaluan. 

Jika dahulu mereka menuduh UMNO sebagai kebelakang, ketinggalan dan kolot dan kononnya Anwar adalah pembawa pembaharuan dan perubahan. Namun, politik yang melampau yang diamalkan oleh Anwar menunjukkan yang beliau sendiri tidak matang dan tidak professional.

Orang Melayu sudah jauh ke hadapan meninggalkan Anwar, cuma segelintir sahaja yang boleh diperdaya dengan gambar kotak yang tersusun elok dikatakan sebagai jatuh dari helikopter. Dan Cuma segelintir sahaja yang menyahut seruan Red Bean Army DAP yang kurang cerdik membuat cerita gangguan elektrik di pusat pengundian dan memuatnaik beritanya terlalu awal. Dan segelintir sahaja yang boleh percaya bahawa stadium berkapasiti 25,000 boleh memuatkan sehingga 100,000 lebih manusia. 

Hakikatnya, orang Melayu adalah jauh lebih cerdik dari Anwar mahupun DAP. Menyedari hakikat inilah maka DAP ingin menyekat kemaraan kaum Melayu dengan memberi tekanan kepada kerajaan melalui undi. Tetapi, apalah yang diharapkan dari strategi DAP yang mengira pun tidak tahu dan menggunakan komputer pun terkial-kial sehingga memaksa parti itu berhadapan risiko dibatalkan pendaftaran. Tidak cukup dengan itu, menaip pun tersalah sehinggakan harga kontrak bertambah lebih RM2 juta. 

Justeru, Anwar kini hanya mendapat sokongan kaum Cina DAP. Tetapi, kita percaya Anwar, walaupun lembab, beliau cukup maklum bahawa sokongan DAP kepadanya bukanlah ikhlas. Malah, di dalam perhimpunan semalam juga, kedengaran beberapa kumpulan Cina yang agak berumur dan matang memaki hamun Anwar kerana gagal membawa DAP ke Putrajaya. 

Jika kita perhatikan, di akhir-akhir tempoh berkempen, Anwar sebenarnya semakin lantang mengambil hati kaum Cina dengan menjanjikan penghapusan hak-hak Melayu. Atas janji itu, kaum Cina berpaling dari ‘Ah Jib Gor’ dan memberi 97% undi kepada DAP/PR. Mereka tidak sedar bahawa Anwar juga sama seperti mereka iaitu tidak secerdik mana. 

Oleh itu, himpunan semalam menyaksikan Anwar walaupun dikelilingi 40,000 orang, tetapi beliau sebenarnya keseorangan bersama isteri dan balaci tersohor DAP iaitu Mat Sabu. Tiada Hadi Awang, tiada Azmin Ali, tiada Mahfudz Omar, tiada Salahuddin Ayob malah tiada Karpal Singh bersamanya. 

Yang ada hanyalah 80% Cina yang menunggu penjelasan Anwar kenapa beliau tidak mampu menarik undi Melayu kepada PKR. - BeruangBiru

Jika Pakatan Tak Terima Keputusan PRU13, Kenapa Guan Eng & Ahmad Yaakob Angkat Sumpah?

Anwar nampaknya tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan apa yang diidamkan beliau selama ini. Beliau akan bertindak dengan apa cara sekalipun bagi memastikan rancangan dan agendanya untuk menjadi PM tercapai.

PRU13 ini, Anwar sekali lagi mengambil bahagian dan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan bersara sekiranya gagal dalam percaturannya kali ini. Namun, apabila terbukti dia gagal dalam meluaskan empayarnya untuk menguasai Putrajaya, sekali lagi makhluk munafik ini mungkir. Tidak cukup dengan itu dia turut mengugut untuk mendesak agar diadakan pilihanraya semula semata-mata untuk memuaskan nafsu hatinya.

Namun apa yang pasti, beliau telah gagal untuk menambah bilangan negeri untuk dikuasai malah telah hilang kerajaan negeri Kedah apabila majoriti rakyatnya mengundi untuk kembali kepada BN. Seperti kebiasaannya, salah sendiri akan ditunding kepada orang lain, dalam kes yang melibatkan pilihan raya, sudah tentu SPR yang akan menjadi kambing hitamnnya.

Beliau menuduh kononnya SPR tidak adil dan tidak telus malah menipu ketika melaksanakan proses pengiraan undi dan juga beberapa proses lain yang melibat penggunaan dakwat kekal, senarai daftar pengundi dan banyak lagi.

Ini semua bagi menunjukkan protes Anwar ynag sekali lagi gagal membuktikan bahawa sistem pilihan raya negara ini tidak bersih dan tidak adil dengan mereka cerita dan tuduhan pelbagai kepada SPR. Tindakan Anwar menganjurkan Perhimpunan Kemarahan Rakyat malam tadi antara bukti, cita-citanya yang kemaruk untuk menjadi PM.

Sebagai contoh tuduhan mengenai bekalan eletrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial, yang menurutnya selepas disiasat, perkara itu tidak pernah berlaku.

Mereka cuba untuk nampakkan kononnya SPR ini tidak ada integriti, tidak 'credible', suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap. Ini adalah satu satu penipuan, pembohongan, dusta yang sangat melampau, sangat keji. 

Persepsi merupakan mainan penting dalam politik, dan pihak yang kalah biasanya akan berusaha mencipta persepsi bahawa SPR ini satu badan yang tidak berwibawa, tidak berintegriti, sedangkan ia hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.

Walaupun Anwar tidak menerima keputusan pilihan raya, nampaknya KM P Pinang dan MB Kelantan sudah pun mengangkat sumpah. Adakah mereka juga tidak terima keputusan PRU13? Kenapa mereka tidak bersetuju dengan Ketua Umum mereka dan turun bersama untuk memperjuangkan kononya hak Pakatan Rakyat yang lain?

Selain daripada itu, tindakan Anwar menulis tweet, kononnya PR telah menang sebelum sebarang keputusan diumumkan adalah taktik Anwar untuk memburukkan proses pilihanraya. Ini bagi memastikan rakyat tertipu dengan taktik kotor beliau dan secara tidak langsung menggembirakan penyokongnya.

Namun, setelah pengiraan secara teliti dibuat, ternyata mereka kalah dalam undi sehingga membuatkan penyokong PR yang sebelum ini rasa kecewa dengan keputusan yang rasmi. Inilah taktik Anwar Ibrahim, segala penipuan dan politik kotot digunakan bagi mengejar cita-citanya selama ini.

Rakyat yang menyokong beliau nampaknya masih belum sedar bahawa mereka sekarang sedang ditipu dan dikaburkan pandangan mereka oleh Ketua Pembangkang ini - BeruangBiru

PRU-13 Tidak Adil: PR Perlu Bubarkan Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor

Seperti yang telah dirancang berbulan-bulan lalu, perhimpunan membantah keputusan PRU-13 pun diadakan semalam di Stadium Kelana Jaya. Stadium yang berkapasiti 25,000 tempat duduk itu dianggarkan memuatkan seramai 40,000 dengan 15,000 lagi duduk di atas padang. 

Beberapa kawasan terutama di bahagian belakang masih terdapat ruang tetapi ditutup dengan bendera-bendera bagi memperlihatkan stadium seperti sesak. Seperti biasa, media pro-pembangkang pula melaporkan kehadiran sehingga 200,000 tanpa mengambil-kira logik angka berbanding kapasiti stadium. 

Laporan juga menunjukkan bahawa 80% peserta himpunan terdiri dari anak-anak Cina dan hanya 20% dari kaum lain termasuk Melayu. Kita yakin tidak semua yang hadir itu adalah dari golongan yang terpedaya bahawa benar-benar berlaku penipuan undi dalam PRU kali ini. Kita yakin bahawa sebahagian besarnya, cukup maklum bahawa tiada penipuan yang berlaku dan perhimpunan itu hanyalah untuk mencabar kerajaan dengan cara menunjuk kuasa penyatuan kaum Cina dengan Anwar sebagai penyamarannya. Mungkin kerana melihat kerajaan sering mengalah apabila mereka memberi tekanan, maka kaum Cina mengambil kesempatan ini untuk memberi tekanan secara besar-besaran. 

Dalam ucapan Anwar di perhimpunan itu, beliau menyatakan bahawa himpunan seterusnya akan diadakan di Ipoh dan Pulau Pinang. 

Apa yang pelik ialah Lim Guan Eng dan Datuk Ahmad Yakob masing-masing telah pun menerima keputusan PRU-13 dengan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan penggal baru pada 7 Mei lalu. Sementara itu, Selangor juga tidak menolak keputusan pilihanraya yang menyebelahi Pakatan Rakyat dan kini sedang sibuk berebut kerusi Menteri Besar. 

Justeru, sekiranya himpunan membantah keputusan pilihanraya ingin diadakan seperti yang dirancang, maka Guan Eng dan Ahmad Yakob perlu terlebih dahulu membubarkan perlantikan di Pulau Pinang dan Kelantan serta PR perlu menolak keputusan di Selangor. Mana mungkin protes ditujukan terhadap negeri-negeri yang dimenangi BN sahaja? 

Alasan yang digunakan oleh Anwar untuk membuat bantahan iaitu penipuan sewaktu pengundian juga ternyata tidak kukuh. Contohnya, kisah mengenai wujudnya 45,000 pengundi hantu berbangsa Bangladesh sedangkan sebelum ini Anwar menyatakan bahawa pengundi hantu didatangkan dari Sabah dan Sarawak. 

Katanya lagi terdapat juga tuduhan kononnya berlaku ‘silap mata’ di mana terjadi gangguan elektrik di beberapa tempat mengundi dan kemudiannya peti undi bertambah apabila elektrik kembali berfungsi. Selain itu, beberapa gambar diedar kononnya bagi membuktikan terdapat cubaan melarikan peti undi oleh pegawai SPR menggunakan kereta dan juga helikopter. 

Namun, apabila kita meminta PR menyenaraikan di kawasan mana gangguan elektrik berlaku, mereka tidak mampu pula menyatakan dengan jelas. Begitu juga dengan Bangladesh yang konon mengundi, tidak dapat juga mereka beritahu di peti undi mana, berapa ramai dan bagaimana ia boleh berlaku tanpa bantahan dari wakil parti mereka sendiri. 

Gambar-gambar kotak undi yang dilarikan juga tidak dapat mereka jelaskan pegawai SPR yang mana, dan di mana mahupun mendedahkan nombor kereta. Bantahan rasmi pula langsung tidak ada. Malah, yang lebih menghairankan, kotak undi yang konon ‘terjatuh’ dari sebuah helikopter pula berada dalam keadaan kemas sebelah menyebelah tanpa terbalik atau terkoyak dan berterabur walaupun jatuh dari tempat tinggi. 

Jelas, bantahan yang dibuat adalah tidak jelas dan tiada bukti. Sepatutnya Anwar, sebagai ‘bakal Perdana Menteri’ tidak membuat tuduhan rambang secara umum. Ini bukan cara orang terpelajar, jauh sekali cara seorang pemimpin. Seorang pemimpin tidak boleh bercakap cara seni, abstrak atau sastera, tetapi wajib bercakap dengan jelas dan berfakta. 

Justeru, himpunan bantahan bersiri yang ingin dilakukan oleh Anwar adalah tidak berasas selain tidak masuk akal. Dan jika Anwar masih berdegil ingin menolak keputusan peringkat pusat, maka Anwar perlu terlebih dahulu menolak keputusan peringkat negeri dan mengarahkan kesemua DUN di negeri-negeri yang dimenangi PR dibubar.  - BeruangBiru

Umno - Pas Perlu Timbang Wujud Kerajaan Perpaduan

Dengan 'Tsunami Cina' yang semakin besar, parti politik berteraskan Melayu-Islam perlu mempertimbangkan untuk bersatu supaya bangsa Melayu dan agama Islam masih menjadi teras utama di negara ini. PAS dan Umno seharusnya mempertimbangkan saranan banyak pihak supaya kedua-dua parti itu membentuk kerajaan perpaduan bagi membolehkan Melayu tidak terpinggir sekaligus menggemis di tanah air sendiri. 

Hanya dengan penggabungan kedua-dua parti itu, Malaysia akan terselamat daripada anasir asing, serta pertempuran politik perkauman sempit yang menjurus kepada kehancuran pembinaan bangsa Malaysia yang sekian lama disemai di tanah air ini. 

Penggabungan antara PAS dan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP nyata tidak berjaya apabila Melayu, Islam dalam PAS bersedia untuk memilih wakil DAP sebagai pemimpin mereka, sedangkan kominiti Cina masih lagi tetap dengan "Cina untuk Cina" mereka. 

Ia terbukti apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman tewas di kerusi DUN di Kulai, manakala Salahuddin Ayub tewas di kerusi DUN Nusajaya, yang mana kedua-dua kawasan itu, mempunyai wakil rakyat Parlimen DAP. Kawasan yang ditandingi mereka juga berada dalam kelompok majoriti Cina, yang secara lagiknya, tiada masalah untuk dimenangi mereka. 

Namun amat menyedihkan apabila hanya calon Parlimen dan DUN berbangsa Cina menang di kerusi majoruti Cina, tetapi calon Melayu PAS tersungkur kerana pengundi Cina tidak mengundi mereka. Tanpa gandingan kukuh PAS dan Umno, Melayu akan terus terpecah sehingga mengakibatkan generasi akan datang terpaksa merayu untuk mendapatkan hak mereka. 

Lebih malang lagi, pemimpin Melayu PKR sebaliknya tidak memperdulikan nasib bangsa sendiri apabila sanggup memperjudikan nasib keturunan sendiri semata-mata mengejar undi kaum lain. Kemerosotan PAS dalam Pilihan Raya Umum 13 seharusnya menjadi iktibar bahawasanya mereka tidak sesuai bekerjasama dengan parti yang melupakan asal keturunan dan ketuanan Melayu di negara ini. 

Sebelum nasi menjadi bubur, dan Melayu terus terpinggir dek perpecahan dan perbezaan ideologi politik, sedangkan seharusnya politik itu menjadi asbab Melayu untuk bersatu. Menunding jari dan menyalahkan pihak ketiga bukanlah caranya mencari penyelesaian, sebaliknya perpaduan amat diperlukan hari ini demi mengekang Tsunami Cina ini daripada berleluasa ke sektor lain selepas ekonomi dan politik. 

Bukti sudah jelas, PAS tidak serasi bersama PR, selain digunakan untuk menarik undi Melayu bagi menyokong Cina, sedangkan masyarakat Cina sendiri tidak bersedia menyokong PAS. Melalui kerajaan perpaduan PAS dan Umno, bukan sahaja Melayu Islam akan terselamat, bahkan juga keamanan, kestabilan, dan kedudukan institusi kerajaan yang dipimpin oleh sistem beraja dan perdana menteri Melayu juga tidak akan terhapus. - BeruangBiru

Friday, 3 May 2013

#PRU13 : Elakkan Provokasi, Jaga Nama Baik BN #P146



WK sudah dua minggu berada di bumi Muar membantu jentera BN menjalankan tugas sempena PRU13 yang akan berlangsung pada 5 Mei nanti. Pelbagai perkara yang dapat WK lihat dan alami sepanjang berada di sini.
Kesiapsiagaan jentera BN menghadapi PRU kali ini tidak dapat dinafikan lagi. Walaupun di saat-saat akhir terdapat pelbagai halangan dalam menjalankan tugas membantu kempen calon yang telah dipilih pucuk pimpinan parti, semua itu tidak menjadi batu penghalang untuk tugas dilaksanakan dengan sebaiknya.
Anak-anak muda belia yang menjadi sukarelawan BN seharusnya dipuji atas sikap cemerlang mereka. Walaupun hanya bergelar sukarelawan, tugasan yang diberi untuk menaikkan nama BN tidak dilakukan dengan main-main.
Jika tiada mereka ini, mungkin tidak semeriah ini perang bendera berlaku di Bandar Muar ini. Begitu juga dengan pengedaran buku pencapaian calon P146 yang telah dua penggal menjadi YB di Muar ini, mungkin tidak mencapai sasarannya tanpa para belia sukarelawan ini.
Namun, dalam pelbagai kebaikan yang mereka lakukan, terselit juga sedikit rasa tidak puas hati dengan tindakan mereka.
Mungkin tiada yang memberikan teguran kepada mereka, atau juga mungkin tidak bertindak atas faktor bimbang hilangnya sokongan daripada golongan belia ini, beberapa orang anak muda yang membentuk sebuah kumpulan bermotosikal dibiarkan membuat provokasi.
Tidak dinafikan, darah muda sudah pasti mudah menimbulkan provokasi jika berhadapan dengan parti lawan. Namun sebarang tindakan kurang matang seharusnya berjaya dikawal daripada berlaku.
Berkongsi pengalaman WK duduk minum di awal pagi sementara menunggu mata mengantuk, WK dapat melihat sekumpulan belia bermotosikal yang mungkin cuba membuat provokasi terhadap calon lawan di sebuah restoran 24 jam di Bandar Muar ini.
Mujur sahaja hanya ada sebuah motosikal yang dihiasi dengan bendera PKR diparkir di hadapan restoran tersebut. Jika ada beberapa buah, mungkin akan berlaku perkara yang tidak diingini.
Pendapat WK, perkara sebegini seharusnya tidak berlaku di saat-saat ini. Seharusnya ada yang menegur mereka ini supaya tidak berbuat sesuatu yang boleh memburukkan nama dan menjatuhkan reputasi BN di mata masyarakat.
Perkara-perkara provokasi ini janganlah dilakukan. Rakyat sentiasa menjadi pemerhati. Jangan pula kerana kesilapan kecil seperti ini dilakukan, BN bakal kehilangan beberapa undi.
Seboleh-bolehnya janganlah ada di antara jentera BN, pengamal media dan para blogger yang pro BN, para sukarelawan BN yang membuat sebarang provokasi terhadap parti lawan. Ini untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.