Thursday, 21 February 2013

PAS vs DAP: PAS Fikir DAP Peduli Dengan Amaran Mereka?



Makin parah nampaknya pergaduhan di antara PAS dan DAP berhubung isu penggunaan kalimah “Allah” yang mendapat liputan meluas di kalangan media. Sama ada media arus perdana mahupun pro-pembangkang, isu berkenaan sering menjadi topik utama setiap hari.

Terbaru, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menempelak dan memberi amaran kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya belajar menutup mulut berhubung isu tersebut.
Katanya, Karpal perlu belajar untuk mendiamkan diri dan jangan bercakap banyak seperti kebiasaannya.

Malah lebih pedas lagi, Nik Amar membidas Pengerusi DAP itu sebagai “gatal mulut” apabila ahli politik veteran parti “chauvinis ultra kiasu” itu mendesak PAS untuk mengenepikan keputusan Majlis Syura yang membantah keputusan mesyuarat Pakatan Haram pada 8 Januari lalu.

Persoalannya, apakah Nik Amar fikir Karpal akan mendengar dan taat pada amaran serta sindiran yang diajukan padanya?

Sejarah membuktikan bahawa Karpal tidak pernah tunduk pada mana-mana kehendak pihak yang membantah dasar DAP yang jelas mahu menidakkan hak eksklusif Islam serta keistimewaan yang dimiliki menerusi perlembagaan negara.

Sebelum PAS bersahabat dengan “syaitan” yang bergelar DAP, Karpal dan pemimpin DAP pernah memberi kata dua pada PAS untuk “melangkah mayat” mereka sebelum mengubah negara ini menjadi negara Islam.
PAS ketika itu hanya mampu “terkulat-kulat” dan tidak dapat membalas amaran Karpal itu…

Ketika pemimpin DAP membentak Datuk Dr. Hasan Ali yang ketika itu berjawatan Exco Agama Islam di dalam Kerajaan Negeri Selangor bertindak merampas arak di Shah Alam, PAS sekali lagi dilihat “hilang taring”.

Memang memalukan apabila PAS menurut kehendak Ronnie Liu (DAP) dan mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memulangkan berbotol arak yang dirampas.

Malah paling memalukan apabila PAS gagal mempertahankan dasarnya untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, sebaliknya terpaksa menurut kemahuan DAP yang jelas menentang dasar itu di dalam Pakatan Haram.

Pokok pangkalnya, para pemimpin PAS di era Hadi Awang sememangnya tidak boleh di harap dan sememangnya memalukan parti itu. Justeru itu tidak hairanlah jika ramai para penyokong PAS yang bertindak keluar parti dan ramai pula yang malu nak mengaku diri mereka sebagai Ahli PAS, kan?

Wednesday, 20 February 2013

Ustaz Badrol Amin Punya Pasal, Fizz Fairuz Tertunang Isteri Orang!!


Kecoh di akhbar dan blog hari ini tentang seorang artis popular yang telah memutuskan pertunangan yang baru seminggu terjalin gara-gara wanita yang menjadi tunangannya itu merupakan isteri kedua kepada seorang usahawan.

Betulkah seperti dakwaan pelakon lelaki yang pernah membintangi Nur Kasih The Movie tersebut tentang kemungkinan dirinya menjadi mangsa buatan orang? Atau ianya sekadar alasan untuk menutup malu?

Bukankah dah elok-elok bercinta bagai nak rak dengan Almy Nadia, dan pernah juga si Fizz Fairuz ni membuat kenyataan akan memperisterikan pelakon wanita itu, tup-tup dengar cerita beliau bertunang dengan wanita lain. WK pun terkejut dan berasa geram juga.

Boleh percaya ke si Fizz Fairuz ni hanya bertemu keluarga wanita tersebut kali pertama pada majlis pertunangannya? Habis, macam mana cara mereka berbincang tentang urusan pertunangan tersebut? Bincang sendiri-sendiri di kedai mamak saja seperti gambar di bawah ni?


Jangan la si Fizz Fairuz ni ikut jejak Ustaz Badrol Amin terlibat dengan isteri orang. Dosa tu, tuhan marah. Si Almy Nadia tu masih kosong, dah sah-sah tak ada yang punya. 7 tahun dah bercinta sebelum ni dengan dia, peminat semua dah tahu, peminat pun dah restu.

Betul atau tidak terkena buatan orang tu, tuhan sajalah yang tahu. WK doakan, moga-moga lakonan Fizz Fairuz terus mantap di layar perak.

SUMBER GAMBAR : Ondscene





Tuesday, 19 February 2013

BR1M 2.0 : Beri Salah, Tak Beri Pun Salah!



Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau lebih lebih mudah disebut BR1M kini telah dua kali diagihkan kepada rakyat yang berkelayakan menerimanya tanpa mengira apa juga pegangan politik mereka. Tidak kira penerima daripada parti PAS, DAP, PKR mahupun Barisan Nasional, asalkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan, mereka tergolong dalam kategori layak menerima bantuan.

Syarat-syarat yang ditetapkan untuk melayakkan seseorang itu memohon BR1M 2.0 tidak berbeza daripada kali pertama BR1M diperkenalkan dahulu. Syarat utama masih lagi merupakan warganegara Malaysia dan berpendapatan kurang RM3000 sebulan untuk seisi rumah.

Tidak dinafikan BR1M diagihkan kepada rakyat menggunakan hasil negara yang ditadbir oleh kerajaan. Jika kerajaan tidak telus melaksanakan tanggungjawab dalam mentadbir segala hasil negara dan hasil cukai, jangankan BR1M, segala bentuk pembangunan seperti yang dapat kita nikmati sekarang ini juga sudah pasti tidak mampu dilaksanakan.

Rakyat seharusnya bersyukur dengan segala macam bantuan yang diperolehi daripada kerajaan. Walaupun ada segelintir penjawat awam yang tidak menjalankan tugas dengan jujur dan amanah, tidak perlulah hendak menyalahkan terus sebuah kerajaan. Sesebuah kerajaan terdiri daripada kalangan rakyat yang terpilih oleh rakyat sendiri untuk menjawat jawatan yang diamanahkan.

Penulis ada terbaca cerita tidak baik tentang BR1M 2.0 yang telah disebarkan di beberapa buah blog pro pembangkang yang kononnya telah memalukan seorang wakil penerima bantuan. Dikatakan penerima sebenar adalah bapa kepada wakil tersebut yang lumpuh. Kononnya pegawai yang bertugas meninggikan suara dan tidak berperikemanusiaan dengan mengatakan wakil tidak boleh mengambil wang bantuan tersebut walaupun alasan telah diberi adalah tidak boleh diterima akal.

Setiap perlaksanaan tugas mempunyai prosedur yang harus diikuti. Sikap tolak ansur dan sentiasa bermanis muka serta berbudi bahasa memudahkan lagi sesebuah urusan. Tidak mungkin tiada jalan penyelesaian untuk beliau mendapatkan wang bantuan tersebut. Mungkin ketika itu tiada sebarang surat sokongan daripada penerima yang dibawa oleh wakil, maka pegawai bertugas tidak berani menyerahkan wang tersebut.

Penulis cukup yakin, jika wakil tersebut ada membawa surat sokongan ketika hendak mengambil wang BR1M mewakili bapanya yang lumpuh, sudah pasti urusannya tidak menjadi susah dan tidak dimalukan seperti yang didakwa beliau. Dan yang memusykilkan penulis, mengapa pula kepada penyokong Pakatan Pembangkang sahaja diceritakan kisah yang memalukannya ini? Mengapa tidak kepada pihak yang memberi bantuan? Ternyata kisah ini adalah salah satu dari cubaan memburukkan kerajaan.

Cubaan demi cubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan dalam pemberian BR1M ini sememangnya tidak boleh diterima. Kerajaan telus memberi bantuan kepada rakyat, mengapa pula ada segelintir rakyat hendak menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap kerajaan?

BR1M dikatakan wang haram oleh segelintir yang menyokong Pakatan Pembangkang tetapi wang haram tersebut jugalah yang ditunggu-tunggu hingga sanggup beratur berjam-jam lamanya. Jika sudah dianggap haram, apakah pula hukumnya bila wang tersebut diambil dan digunakan untuk membeli barangan dapur bagi mengisi perut anak-anak?

Beri salah, tak beri pun salah. Bagaimana lagi harus dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat? Adakah dengan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Pakatan Pembangkang barulah kerajaan dikira telus membantu rakyat dan segala wang bantuan dikatakan halal?


SUMBER : Suara Generasi Baru

Monday, 18 February 2013

Laman Jabatan Penerangan Digodam, Keadilan Tuduh PM Kurang Sokongan!

KUALA LUMPUR 18 FEB: Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang selama ini dipermainkan rakyat, turut diperolok-olok kakitangan kerajaan apabila laporan berhubung perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia disiarkan di laman Jabatan Penerangan pagi ini.
Terkesan dengan penyebaran maklumat itu di beberapa laman sosial, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dilapor menafikan laporan itu dan berkata, sistem penerbitan dalam taliannya menyiarkan ‘kenyataan palsu’.
Katanya, penyiaran kenyataan itu mungkin digodam, sebelum ia dipadam daripada sistem e-akhbar dan sistem e-press oleh Jabatan Penerangan, selepas dikesan tersebar.
Kenyataan itu bertajuk ‘Memo permohonan rakyat Malaysia’ dan ‘Perdana Menteri secara rasminya meletak jawatan’.
Turut dimuatkan, alasan Najib meletakkan jawatan ekoran desakan rakyat.
Najib juga menyatakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti lawan yang difitnahnya.
Mengulas isu ini, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, penyebaran berita itu menerusi saluran kerajaan bukti kepimpinan Najib ditolak kakitangan kerajaan.
“Kita tahu Najib tidak berupaya lagi dapat sokongan rakyat. Orang kerajaan sendiri sudah pandai permainkan Najib.
“Walaupun mereka kata itu semua palsu dan laman itu diserang, namun tidak terfikirkah kita bagaimana laman web kerajaan boleh digodam. Seperti ada yang tidak kena dengan penyerang itu. Adakah mereka daripada kalangan orang Najib,” katanya ketika dihubungi.
“Ini semua berlaku kerana Najib tiada tokoh kepimpinan. Orang bawahnya sendiri meluat dengan sikapnya hingga menjadikan Najib bahan jenaka mereka. Saya yakin pentadbiran Najib pasti berakhir pada pilihan raya umum akan datang,” kata Khai Loon. - Keadilan Daily

Ulasan WK

Bagaimana Khai Loon benar-benar yakin berita yang tersebar itu sememangnya dibuat oleh kakitangan kerajaan yang menolak kepimpinan Perdana Menteri? Adakah beliau yang mengupah penggodam tersebut untuk memalukan Datuk Seri Najib sebegitu rupa?Adakah kerana ia tersebar melalui saluran kerajaan, ia membuktikan tuduhan yang telah dibuat?

WK sedar, ini semua hanya sekadar menutup kelemahan Pakatan Pembangkang. Menimbulkan persepsi buruk terhadap kepimpinan Perdana Menteri sememangnya kegemaran pencacai Pakatan Pembangkang.

Siapa tahu, mungkin dengan melakukan penggodaman ini, dapatlah sedikit sebanyak mereka memujuk hati sendiri apabila melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan Pembangkang semakin beralih kepada Perdana Menteri. 

Cara mudah untuk mengalihkan perhatian adalah dengan melakukan fitnah sebegini. Pakatan Pembangkang dan kerja-kerja fitnah bangang sememangnya tidak boleh dipisahkan.

Saturday, 16 February 2013

DAP Tuduh Rakyat Pekan Samseng Sebab Tolak GM-13


Najib biar samseng UMNO Pekan terajang siswa, rentap tudung siswi Ahli Parlimen Pekan merangkap Perdana Menteri Najib Razak digesa memohon maaf kepada kumpulan mahasiswa yang diserang oleh samseng-samseng UMNO di Pekan, Pahang semalam.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya hari ini meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan ganas pihak-pihak tersebut ke atas mahasiswa yang secara tiba-tiba diserang sekumpulan samseng ketika sedang mengedar risalah.

Wakil Gerakan Mahasiswa PRU ke-13 (GM-13), Ekhsan Bukhari, dilaporkan berkata “tiba-tiba kumpulan 100 samseng di kalangan ahli-ahli Umno Bahagian Pekan mengepung kami. Ada yang kena sepak, tampar, terajang. Mahasiswi pula kena tarik tudung.

”Zairil menyifatkan budaya politik samseng yang dilakukan itu adalah amat keji dan memperlihatkan didikan dan kapasiti minda yang dangkal.

“Apatah lagi apabila ia berlaku di Pekan, iaitu kawasan Parlimen Perdana Menteri sendiri. Tidakkah ini memalukan Perdana Menteri, apabila siswa-siswi yang tidak bersalah telah disepak terajang malah ada siswi yang dilaporkan ditarik tudungnya?

“Sebagai Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Sri Najib Tun Razak sepatutnya bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak buahnya untuk berhujah dengan akal. Sebaliknya, mereka hanya mampu menganiaya sekumpulan anak muda dengan kekerasan,” ujar beliau.

Menurut Zairil lagi, DAP menghormati hak mahasiswa yang ingin menyertai proses demokrasi secara langsung, serta hak mereka untuk menyuarakan sebarang bantahan dan tuntutan melalui apa cara sekalipun selagi ia tidak melanggar undang-undang.

“Lagipun, pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti di Parlimen tahun lalu tambah mengabsahkan hak mahasiswa untuk berpolitik,” katanya.

Zairil berkata budaya politik samseng UMNO ini amat ketinggalan zaman dan mewajarkan lagi kejatuhan mereka daripada persada politik tanah air.

“Budaya politik samseng ini mesti ditolak, dan UMNO wajar mendidik penyokong-penyokongnya untuk menghormati demokrasi dan berlawan politik secara beradab. Cabaran politik harus disahut dengan hati dan dada yang lapang dan bukan dengan keganasan,” tambah beliau.

“Saya menyeru kepada Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Sri Najib Tun Razak, supaya memperbetulkan kesilapan anak-anak buahnya dan meminta maaf kepada para mahasiswa yang telah dianiaya dengan keganasan yang melampau.” – Roketkini

Ulasan WK


Budaya samseng politik sebenarnya merupakan darah daging Pakatan Pembangkang. Ianya dipelopori oleh DAP yang sememangnya berniat untuk mengganggu keamanan dan kestabilan negara supaya mudah untuk ia menjalankan misi menjatuhkan kerajaan sedia ada dan merepublikkan Malaysia.

Mungkin mereka ini tidak menyedari demonstrasi demi demonstrasi yang mereka lakukan kononnya atas dasar hak asasi manusia sebenarnya jauh lebih samseng dari apa yang telah menimpa mereka. Kerosakan yang mereka lakukan, pelanggaran undang-undang, keganasan seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang sewajarnya direnungi kembali sebelum menuding jari menyalahkan orang lain.




Friday, 15 February 2013

DAP Tunjuk Belang, Mengaku Pulau Pinang Hakmilik Bangsa Cina!


Penjara 30 hari dan denda RM8000 adalah nilai maruah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong kepada seorang pemuda berbangsa Cina berusia 29 tahun yang berasal daripada Pulau Pinang. Leong Pei Koe, berkelulusan daripada sebuah universiti luar negara bekerja di Singapura sebelum ini telah bertindak biadap dengan menunjukkan isyarat lucah kepada rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Tindakan biadap tersebut disedari oleh ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong. Amaran telah diberikan bahawa beliau boleh ditahan di bawah Seksyen 294 (a) KK namun keangkuhan penyokong DAP ini tidak bersempadan.

Bukan sahaja biadap terhadap raja-raja Melayu, malahan beliau telah mencabar supaya pihak plis menangkapnya serta menghina pasukan polis dengan menyatakan polis Melayu tidak mempunyai kuasa di Pulau Pinang kerana menurutnya Pulau Pinang adalah hak milik bangsa Cina.

Benarkah seperti dakwaan beliau? Betulkah Pulau Pinang sudah menjadi hakmilik bangsa Cina selepas DAP berjaya menubuhkan kerajaan Negeri di sana?

Jika diperhatikan rentetan peristiwa serta pembangunan yang berlaku sepanjang DAP memerintah Pulau Pinang, dapat disimpulkan bahawa mereka sedang cuba menjadi pemilik kepada negeri tersebut. Pembinaan rumah-rumah mewah yang ternyata tidak mampu dimiliki oleh bangsa Melayu, sektor ekonomi yang dikuasai oleh bangsa mereka serta penghapusan orang Melayu daripada Pulau Pinang secara lembut dan tersembunyi, memberikan jawapan kepada persoalan tersebut.

Mungkin disebabkan terlebih yakin bahawa mereka adalah kuasa besar yang tidak mampu digugat oleh Barisan Nasional, mereka mengakui bahawa Pulau Pinang adalah hakmilik mereka. Adakah mereka terlupa bahawa majoriti rakyat Malaysia adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam dan rakyat Pulau Pinang bukan kesemuanya berbangsa Cina?

Baru sahaja berjaya menjadi pemerintah di sebuah negeri, DAP sudah berani menunjukkan belang mereka. Bagaimana pula jika Pakatan Rakyat atau berjaya memperolehi majoriti 2/3 kerusi di Parlimen dan seterusnya menubuhkan kerajaan nanti?

Mungkin waktu itu, bukan sahaja Pulau Pinang, malahan Malaysia juga dikatakan hakmilik bangsa Cina. Bangsa Melayu yang memberikan undi mereka kepada parti chauvinist ini akhirnya hanya mampu menggigit jari.

Justeru, kalau perkara itu terjadi, jangan pula meletakkan kesalahan ke atas Barisan Nasional lagi kononnya tidak pandai mempertahankan bangsa Melayu sehingga terpaksa merempat di tanah sendiri.

SUMBER : Suara Generasi Baru

Perdana Menteri Campurtangan, Pornthip Enggan Bedah Siasat!


Sudah boleh diagak apa reaksi Pakatan Pembangkang dengan keengganan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip memenuhi permintaan parti tersebut melakukan bedah siasat kali kedua ke atas mayat C. Sugumar yang didakwa oleh Pakatan Pembangkang mati disebabkan oleh pihak polis. Sejurus sahaja beliau menyatakan penolakan, sudah dapat diteka pasti ianya akan dikatakan berpunca daripada kerajaan Barisan Nasional.

Membaca laporan yang disiarkan di dalam Malaysian Chronicle yang sememangnya dimiliki oleh Pakatan Pembangkang ataupun lebih tepat lagi oleh Tian Chua, ianya sememangnya tidak masuk akal.

Kononnya maklumat campurtangan Perdana Menteri terhadap kes kematian C. Sugumar telah diterima oleh Pakatan Pembangkang daripada orang yang mempunyai kuasa yang tidak perlu didedahkan identitinya. Ternyata apa yang dikatakan oleh N. Surendran yang merupakan salah seorang peguam PKR itu sebenarnya hanyalah helah mereka untuk menutup malu.

Apa pula kepentingan Perdana Menteri untuk campur tangan di dalam perkara tersebut sehingga sanggup meminta Perdana Menteri Thailand supaya tidak membenarkan Dr Pornthip masuk ke Malaysia bagi memenuhi permintaan Pakatan Pembangkang? Bukankah Perdana Menteri sebelum ini dikatakan cuba meraih sokongan kaum India dengan mendekati mereka dan memberikan pelbagai bantuan?

Bukankah sepatutnya kehadiran Dr Pornthip ke Malaysia untuk menjalankan bedah siasat kali kedua dialu-alukan oleh Perdana Menteri supaya keadilan terhadap kaum India yang cuba didekati dapat diberikan kepada mereka?

Sugumar sebelum ini dikatakan mati dibelasah oleh pihak polis dalam keadaan tangannya bergari dan muka diselaputi serbuk kunyit. Bedah siasat yang dijalankan oleh hospital kerajaan Malaysia menyatakn sebab kematian Sugumar adalah akibat serangan jantung namun Pakatan Pembangkang cuba meraih simpati kaum India dengan menjadikan kematian Sugumar sebagai kesalahan pihak polis.

Sudah menjadi kebiasaan juak Pakatan Pembangkang untuk menjadikan sesuatu perkara yang dilihat boleh menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan sebagai satu isu besar. Kematian C. Sugumar turut menjadi medan bagi mereka meraih sokongan kaum India.

Selama ini jika dilihat di mana-mana hospital kerajaan, kaum yang paling banyak mendapatkan rawatan adalah kaum India. Tidak kira apa jenis penyakit hatta demam sekalipun mereka tidak segan silu mendapatkan rawatan percuma di hospital kerajaan. Tidak pula mereka mempertikaikan keputusan rawatan yang diterima.

Mengapa pula kali ini keputusan bedah siasat yang dijalankan oleh hospital kerajaan dinafikan kebenarannya? Adakah hospital kerajaan sudah tidak layak untuk melakukan sebarang bedah siasat lagi terhadap kematian yang melibatkan kaum India?

Sebenarnya isu keengganan Dr Pornthip dan campurtangan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ini hanyalah rekaan juak Pakatan Pembangkang untuk menutup malu mereka. Sebelum ini mereka sudah menjaja ke sini sana tentang bedah siasat kali kedua yang akan dilakukan oleh Dr Pornthip.

Justeru, apabila Dr Pornthip enggan melibatkan diri dalam politik kotor Pakatan Pembangkang yang sememangnya boleh mencalarkan kredibilitinya, alasan lain perlu dicipta untuk menutup malu mereka. Akhirnya, Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional yang menjadi mangsa.

Juak Pakatan Pembangkang dan fitnah serta helah adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan selama-lamanya. Oleh itu, tolak Pakatan Pembangkang bermakna tolak fitnah dan kekalkan keamanan dan kestabilan negara.

SUMBER : Suara Generasi Baru