Seorang pengganas Sulu yang dibunuh oleh penduduk setempat di Semporna baru-baru ini tidak hanya mendedahkan wujudnya penyertaan militan dari Selatan Filipina dalam kes pencerobohan Sabah malah tangkal yang dipakai lelaki yang mati itu menunjukkan amalan ilmu hitam dijadikan sandaran untuk menambah keyakinan di medan tempur.
Dalam kejadian di Kampung Sri Jaya, Simunul itu selepas serangan hendap oleh pengganas Sulu yang mengorbankan 6 nyawa anggota keselamatan negara, penduduk setempat yang kebanyakannya keturunan Sulu telah mengambil tindakan drastik membelasah dan membunuh seorang pengikut MNLF bersenjatakan M16 yang mengaku telah membunuh 6 polis tersebut.
MNLF yang diketuai Nur Misuari merupakan penyokong kuat Jamalul Kiram III yang didakwa sebagai Sultan Sulu yang sah serta merupakan rakan baik kepada Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, sebelum ini pernah menafikan penglibatannya dalam kemelut di Sabah. Penafian itu bagaimana pun ternyata bohong kerana kejadian di Semporna mendedahkan sebaliknya.
Pengikut MNLF yang mati itu mungkin menyangka tangkal kebal yang dipakainya berupaya menjauhkan dirinya dari Malaikat Sakaratul Maut, tapi hakikatnya, besar atau kecil tangkal kebal atau sehebat mana ilmu hitam yang dimilikinya, bila sampai ajal akan mati juga.
Sebahagian orang Sulu terutama dari Selatan Filipina memang sudah menjadi tradisi mereka untuk memakai tangkal kebal sama ada yang dipakaikan di leher, lengan, tangan atau pun di pinggang, malah ramai yang mengamalkan amalan ilmu hitam kononnya sebagai pendinding semasa berada berperang.
Demikian halnya dengan pengikut Jamalul Kiram III dan pengikut MNLF turut tak terkecuali dari amalan khurafat dan syirik itu. Biasanya sehari sebelum pertempuran, mereka akan mandi beramai-ramai sambil membaca ayat Al-Quran yang di campur aduk dengan jampi serapah untuk menyeru pendamping.
Mungkin kerana pengaruh ilmu hitam sebegitu ditambah lagi dengan rasukan syaitan menyebabkan peri kemanusiaan mereka hilang sama sekali sehingga tergamak memenggal kepala lawannya tanpa sedikit pun belas ehsan semasa pertempuran pengganas Sulu itu dengan anggota polis.
Manakala mayat-mayat anggota keselamatan yang lain pula sengaja diletakkan bom (booby trap), modus operandinya memang sama seperti yang sering dilakukan oleh pengganas komunis sewaktu zaman darurat dulu.
Jelas sekali apa yang dilakukan oleh pengganas Sulu ini sama sekali bercanggah dengan tuntutan Islam yang mengehendaki umatnya tidak berlaku kejam terhadap musuh apatah lagi menjadikan mayat musuh sebagai perangkap bom. Kejam dan ganas.
Selain itu, kaitan sejarah lama keturunan Kiram itu sendiri yang sudah terbiasa melakukan pembunuhan ganas secara besar-besaran ke atas rakyatnya sendiri sekitar tahun 1906 dan 1911 di Bud Dahu dan 1913 di Bud Bagsak, Jolo, Sulu sewaktu pemerintahan Sultan Kiram II dulu, juga boleh diambil kira sebagai punca pengikut Jamalul Kiram III menjadi ganas dan kejam.
Walau apa pun alasannya, yang pastinya kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dan kini sedang digempur oleh pasukan keselamatan negara, perlu menerima akibatnya di atas kekejaman dan keganasan yang telah mereka lakukan.
Kita telah memberi peluang untuk mereka berundur secara baik sesuai dengan tuntutan Islam yang mendahulukan perundingan demi mencegah pertumpahan darah apatah lagi sesama Islam, kini dasar berlembut yang kita tonjolkan telah dibalas dengan kekerasan, maka wajiblah atas kita untuk bangkit menegakkan hak dan kebenaran.

No comments:
Post a Comment