Monday 18 March 2013

Kebebasan Bersuaralah Sangat Sampaikan Penyokong PR Jadi Terkurang Ajar


Inilah salah satu contoh sikap penyokong Pakatan Pembangkang yang kurang ajar. Adakah ini dia kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh Pakatan Pembangkang selama ini?

Kenapa baru kini mereka sedar, kesesakan lalulintas yang dialami apabila sesuatu perhimpunan berlangsung di mana-mana bahagian dalam negara ini menyusahkan rakyat? Mengapa ketika mereka sibuk berdemonstrasi di jalanan untuk BERSIH dan sebagainya, mereka tidak memikirkan tentang kesusahan yang akan dialami oleh rakyat?

Perdana Menteri hanya turun padang bertemu rakyat, itu pun sudah dimaki hamun dan sumpah seranah kononnya program tersebut telah menyebabkan jalan sesak selama lebih dua jam. Tidakkah mereka sedar, ketika demonstrasi demi demonstrasi BERSIH yang mereka jalankan, banyak jalanraya yang ditutup dan kesesakan berlaku lebih daripada dua jam itu?

Inikah negara demokrasi yang mereka inginkan sangat? Apabila mereka melakukan sesuatu yang nyata menyusahkan rakyat, bagi mereka tidak mengapa tetapi apabila parti berlawanan menjalankan program untuk rakyat, yang boleh memberi sesuatu pulangan kepada rakyat, mereka memaki hamun dan menyumpah seranah.

Ini baru perintah beberapa negeri sahaja, sudah besar kepala. Kalaulah mereka dapat perintah negara, entah apa akan jadi agaknya... 


1 comment:

  1. Dah biasa hidup senang, x pernah jem, x pernah susah... jadi bila dpt susah SIKIT mcm ni meroyan mcm bangang.
    Sbnrnya ini adalah ujian Allah nak tgk hambanya bersyukur atau tak dgn kesenangan sblm ni.
    Ternyata, cai PR ni kufur nikmat.

    ReplyDelete